Pantai Belawai

Iklan

Orang ramai melakukan aktiviti beriadah bersama keluarga ketika tinjauan di Pantai Belawai, Tanjung Manis baru-baru ini.

Dahulunya, Pantai Belawai hanyalah sebuah pantai yang 'tersembunyi' walaupun memiliki keindahan semula jadi, keunikan dan potensi pelancongan, disebabkan ketiadaaan jaringan jalan raya yang menghubungkan Tanjung Manis terus dari Sibu.

Iklan
Iklan

Namun semuanya berubah sejak 10 tahun lepas, apabila jalan darat antara kedua-dua kawasan berkenaan siap dibina dan potensi besar pelancongan di kawasan pantai yang memiliki pasir putih dan bersih itu dapat dihidu, sekali gus menyaksikan pelan induk pembangunan pantai itu dibangunkan.

Pantai Belawai yang terletak kira- kira 104 kilometer, atau sejam setengah perjalanan dari Sibu, umpama 'magnet' bagi menarik para pelancong yang dahagakan pemandangan dan suasana pantai terutama di bahagian tengah Sarawak. - Foto Bernama

Iklan
Iklan