ISKANDAR PUTERI - Kerajaan negeri Johor mengumumkan bantuan khas kewangan sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada kakitangannya yang akan dibayar sebelum akhir tahun ini.
Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad mengumumkan perkara itu ketika membentangkan Belanjawan Johor 2022 semasa Persidangan Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Ke-14 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar di sini pada Khamis.