Tragedi Hawk: Dua juruterbang sempat keluar guna kerusi anjal
Iklan
GEORGETOWN - Dua juruterbang pesawat pejuang Hawk 108 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sempat keluar dari pesawat menggunakan kerusi anjal dalam insiden di landasan Pangkalan Udara Butterworth Selasa lepas.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, hasil siasatan pihak polis mendapati kedua-dua juruterbang berkenaan telah berlepas dari Pangkalan Udara Butterworth bagi sesi latihan penerbangan malam (night Flying) yang berlangsung selama sejam sebelum terhempas.