Warganegara asing langgar SOP Covid-19 boleh diusir

Iklan
Khairul Dzaimee

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Warga asing yang didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) serta peraturan ditetapkan sepanjang Pelan Pemulihan Negara (PPN) boleh diusir pulang ke negara asal.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, kebelakangan ini tular di dalam media sosial isu warga asing yang melanggar SOP pencegahan Covid-19.

Iklan
Iklan

"Ada dalam kalangan mereka yang sengaja mencabar pihak berkuasa supaya mengambil tindakan ke atas mereka.

"Jabatan Imigresen menasihatkan semua warga asing mematuhi arahan dan peraturan semasa agensi kerajaan berhubung langkah-langkah pencegahan pandemik Covid-19," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Iklan

Menurut beliau, Imigresen tidak akan teragak-agak untuk membatalkan pas dan sebarang kemudahan Imigresen yang telah diberikan.

"Mereka juga akan diusir pulang ke negara asal dan disenarai hitamkan daripada memasuki negara ini semula seperti yang diperuntukkan melalui Seksyen 8 dan Seksyen 9 Akta Imigresen 1959/63.

Iklan