Undi BN untuk tamatkan polemik ketidakstabilan politik: Ku Nan

Iklan
Tengku Adnan

SHAH ALAM - Bendahari Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor meminta rakyat di negeri Melaka supaya memberikan undi kepada Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sekiranya mahu menamatkan polemik ketidakstabilan politik yang berlaku dalam negara.

Ahli Parlimen Putrajaya itu berkata, pengundi di Melaka perlu membantu BN bagi menghentikan polemik tersebut dan membenarkan gabungan tersebut untuk kembali memastikan kestabilan pentadbiran negeri berkenaan.

Iklan
Iklan

"Beberapa kali saya sendiri turun ke Melaka, saya sendiri dah jumpa beberapa pengundi di tempat yang saya singgah. Saya minta, pohon dan rayu agar keluarlah mengundi dan pilihlah BN.

"Bantulah BN untuk menjadi kerajaan semula. Lebih 60 tahun BN jadi kerajaan dan bawa negara kepada kemajuan maka janganlah serahkan kembali pada PH yang memundurkan rakyat, apatah lagi PN yang ibarat gunting dalam lipatan.

Iklan

"Undi BN untuk ‘Kestabilan Demi Kemakmuran’,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

PRN Melaka bakal diadakan pada Sabtu (20 November) susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd Ali Rustam pada 4 Oktober lalu.

Iklan

Pembubaran itu dilakukan ekoran tindakan empat orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) iaitu bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas) yang menarik sokongan terhadap Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Ikuti perkembangan semasa #PRNMelaka dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my