'Penghargaan besar kepada saya dan wanita seluruh negara'

Iklan
Mas Ermieyati

KUALA LUMPUR - Datuk Mas Ermieyati Samsuddin menyifatkan pemilihan beliau sebagai calon Ketua Menteri adalah satu penghargaan besar kepadanya dan golongan wanita di negara ini selepas dipilih sebagai calon Ketua Menteri Melaka oleh Perikatan Nasional (PN).

Menurutnya, ia juga satu amanah dan tanggungjawab besar untuknya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Iklan
Iklan

"Terima kasih kepada pucuk pimpinan parti selain kepada Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Melaka, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen yang telah meletakkan asas PN yang kukuh di Melaka begitu juga dengan sokongan daripada kawan-kawan lain.

"Ini juga penghargaan besar bukan kepada saya sahaja tetapi juga kepada semua wanita. Jadi, ini masa untuk kita berganding bahu untuk sama-sama buktikan bahawa tiada apa yang mustahil untuk wanita lakukan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat PN, di sini pada Khamis.

Iklan

Mas Ermieyati yang bertanding di Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara akan ditentang calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan calon Pakatan Harapan (PH), Zainal Hassan dalam PRN Melaka pada 20 November ini.

Pencalonan Mas Ermieyati sebagai calon ketua menteri adalah sejarah kepada negara kerana sebelum ini tiada mana-mana parti yang berani meletakkan wanita untuk jawatan tersebut.

Iklan

Dalam pada itu, beliau mahu memfokuskan untuk memenangi PRN terlebih dahulu sebelum merangka apa yang ingin dilakukannya di Melaka sebagai ketua menteri.

"Bagi saya menang PRN dulu. Petanda baik di DUN Tanjung Bidara walaupun di sana kubu kuat BN.

"Kempen juga berjalan baik dan lancar. Saya harap pengundi dapat beri peluang, ruang dan kepercayaan kepada saya," katanya.

Beliau turut melihat tindakan PN lambat mengumumkan calon ketua menteri adalah salah satu strategi untuk PRN.

Ikuti perkembangan semasa #PRNMelaka dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my

ARTIKEL BERKAITAN:Mas Ermieyati calon Ketua Menteri Melaka PN