Gerakan janji calonkan Baba Nyonya, Kristang di bawah UNESCO

Iklan
Dominic

SHAH ALAM - Status Tapak Warisan Budaya Tidak Ketara Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dapat meningkatkan populariti serta pengaruh budaya Baba Nyonya dan Kristang di peringkat antarabangsa.

Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Datuk Dr Dominic Lau sehubungan itu berkata, Gerakan akan menyerahkan pencalonan rasmi untuk mendapatkan status tersebut bagi melindungi budaya Baba Nyonya dan Kristang sekiranya Perikatan Nasional (PN) memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Iklan
Iklan

"Ini bukan sahaja dapat melindungi dan mewarisi budaya ini tetapi juga membawa manfaat yang besar kepada ekonomi Melaka.

"Sehingga Disember 2020, sejumlah 584 item dalam Senarai Warisan Budaya Tak Ketara UNESCO seperti Pizza Naples Itali, Sulaman Cina, Kabuki Jepun, Khon Thai Dance dan Urutan Thai, semuanya telah dimasukkan dalam senarai ini.

Iklan

"Dalam budaya Baba Nyonya dan budaya Kristang juga mempunyai syarat untuk diaplikasikan,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, Tapak Warisan Budaya Tidak Ketara adalah ingatan hidup purba dan gen budaya sesebuah etnik merangkumi kebijaksanaan dan semangat etnik tersebut.

Iklan

Menurutnya, dengan perkembangan pemodenan, cara melindungi dan mewarisi warisan budaya itu semakin menjadi kata sepakat dunia.

Sebagai contoh, katanya, rumah-rumah gaya lama budaya Baba Nyonya di Melaka adalah unik di dunia kerana menggabungkan gaya Asia dan Barat.

"Selain itu, budaya Kristang yang unik di Melaka termasuk perayaan San Pedro, pertandingan bot berhias dan persembahan tradisional mereka, Serani Teng Teng.

"Di samping itu, bahasa Kristang yang dituturkan oleh keturunan Portugis Melaka telah disenaraikan sebagai bahasa yang hampir hilang oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

"Bahasa yang istimewa ini banyak meminjam kata-kata daripada bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan dialek Cina yang dianggarkan kurang daripada 2,000 orang di dunia boleh bertutur dalam bahasa ini pada masa ini, terutamanya tertumpu di Melaka,” ujar beliau.

Ikuti perkembangan semasa #PRNMelaka dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my