'Mohon jangan spekulasi punca pemergian Dr Koh Meow'

Iklan
Dr Noor Hisham

SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan punca kematian Ketua Penolong Pengarah Kanan di Ibu Pejabat KKM, Dr Koh Meow masih dalam siasatan dan memohon mana-mana pihak tidak membuat spekulasi mengenai perkara itu sehingga keputusan bedah siasat diperoleh.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di Facebook pada Khamis turut memohon masyarakat menghormati privasi keluarga mendiang.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, Dr Koh Meow telah melengkapkan dos vaksinasi penggalak Covid-19 pada 9 November lalu.

"Bagaimanapun, beliau tidak melaporkan sebarang kesan sampingan luar biasa setelah mendapat vaksinasi tersebut malah beliau hadir bekerja dan bertugas seperti biasa sehingga 16 November 2021,” katanya.

Iklan

Ujarnya, Dr Koh Meow amat disenangi oleh rakan-rakan sekerja, masyarakat setempat dan komuniti perubatan tradisional serta komplementari.

"Pihak KKM turut berduka cita dengan pemergian salah seorang pegawai kami yang komited dan berdedikasi dalam tugasan beliau.

Iklan

"Salam takziah diucapkan buat seluruh ahli keluarga mendiang Dr Koh Meow atas pemergian beliau,” ujarnya.