150,000 peranti digital diagihkan kepada murid B40

Iklan

KUALA LUMPUR - Sejumlah 150,000 peranti digital menerusi inisiatif Tabung CERDIK selesai diagihkan kepada murid B40 terpilih, pada 29 Oktober lepas.

Kementerian Pendidikan menerusi jawapan yang disiarkan di laman sesawang Parlimen pada Khamis memaklumkan, inisiatif Tabung CERDIK adalah satu program pemberian peranti digital lengkap dengan pelan data kepada 150,000 murid B40 yang dilaksanakan oleh Yayasan Hasanah iaitu sebuah badan kebajikan di bawah Khazanah Nasional.

Iklan
Iklan

"Daripada jumlah itu, 429 unit peranti telah diagihkan kepada lima sekolah di kawasan Parlimen Tanjong Manis,” menurut kementerian itu.

Kementerian itu menjawab soalan Yusuf Abd Wahab (GPS-Tanjong Manis) yang ingin tahu mengenai status pemberian komputer atau peranti kepada murid di kawasan Parlimen berkenaan serta jumlah yang telah dan akan diserahkan pada tahun hadapan. - Bernama

Iklan
Iklan