Pemain gagal kawal emosi bertemu JDT

Iklan
Kekecewaan jelas dilihat pemain PKNP FC selepas ditundukkan JDT 3-0 di Larkin, malam semalam. Foto: Ihsan FB PKNP FC

KEGAGALAN para pemain mengawal emosi menjadi punca utama Skuad PKNP FC gagal memberikan aksi terbaik mereka sekali gus tewas 0-3 ketika berdepan pendahulu liga, Johor Darul Ta'zim (JDT) di Larkin, malam semalam.

Pengendali PKNP FC, Abu Bakar Fadzim berkata, akibat masalah itu juga pasukan terpaksa menghadapi dua penalti selain beraksi dengan sepuluh pemain selepas kapten pasukan mereka dilayangkan kad merah.

Iklan
Iklan

"Ia macam sudah jatuh ditimpa tangga, dalam satu perlawanan kami beri dua penalti, dan belum sempat bangkit, kami kena beraksi dengan 10 pemain selepas Ahmad Sukri Ab Hamid diberi kad merah pada minit ke-74.

"Sebenarnya itu satu tindakan tidak professional malah saya juga tidak mahu pertikaikan mengapa pengadil perlu buat demikian. Emosi kenalah kawal dan jangan bertindak melulu. Rugi pasukan bila main dengan 10 orang," katanya pada sidang media, di sini, malam tadi.

Iklan

Kapten PKNP, Ahmad Sukri dilayangkan kad merah pada minit ke-74. Foto: Ihsan FB PKNP FC

Abu Bakar berkata, beliau juga tidak mahu menyalahkan para pemainnya secara terus kerana mengetahui kemampuan mereka apatah lagi apabila berhadapan dengan pasukan mempunyai reputasi terbaik.

Iklan

"Saya faham kemampuan pemain, dalam aksi ini kami sedikit gopoh sehingga melakukan beberapa kesilapan mudah. Pertahanan kami juga berusaha keras dalam masa sama mereka juga perlu membuat keputusan cepat.

"Saya tidak mahu cari salah, walaupun kami kalah di sini, kami dapat benda lain. PKNP ini banyak pemain muda malah penjaga gol kami pun baru berusia 20 tahun, kita dapat pengalaman untuk ubahnya menjadi lebih baik.

Namun, beliau dengan nada ringkas tetap menunjukkan kekecewaan terhadap lima pemain importnya yang dilihat gagal untuk memainkan peranan terbaik ketika aksi itu.

"Mengenai pemain import, mereka nampak belum serasi walaupun lepas enam perlawanan. Mereka juga masih bergelut untuk mendapatkan rentak.

"Ia akan diperbaiki kerana kita tidak mahu mereka ini sekadar melengkapkan kesebelasan utama," katanya.