Kereta dipercayai milik pegawai kastam terbakar

Iklan
Hoong Fong (dua dari kiri) meninjau lokasi kebakaran di Taman Pandamaran Permai pada Khamis.

KLANG - Sebuah kereta dipercayai milik seorang pegawai kastam terbakar dalam kejadian di sebuah pusat mencuci kereta di Taman Pandamaran Permai pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, siasatan awal mendapati sebelum kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, kereta milik mangsa berumur 50-an itu dilempar cat ketika berada di sebuah lampu isyarat.

Iklan
Iklan

"Mangsa kemudiannya membawa kereta untuk dicuci dan tiba-tiba kereta itu terbakar," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Katanya, pihaknya masih menjalankan siasatan termasuk kemungkinan berkaitan unsur khianat.

Iklan
Hoong Fong (kanan) meninjau lokasi kebakaran di Taman Pandamaran Permai pada Khamis.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan," katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis, menerusi kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 11.03 pagi.

Iklan

"Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Klang dikejarkan ke lokasi kejadian dan tiba kira-kira jam 11.13 pagi.

"Kejadian melibatkan sebuah kereta Proton X70 di sebuah pusat mencuci kereta yang mengalami kebakaran sebanyak 90 peratus tiga peratus pada bahagian bumbung kedai," katanya.