Dua projek lonjak Johor Bahru setaraf bandar raya antarabangsa

Iklan
Ismail Ibrahim (dua dari kanan) menunjukkan dokumen MoU antara IRDA dan UiTM Kampus Pasir Gudang berhubung pembangunan modal insan dalam satu majlis di UiTM Pasir Gudang pada Khamis.

PASIR GUDANG - Projek Landskap Sungai Segget dan kerja naik taraf Jalan Wong Ah Fook di Bandaraya Johor Bahru yang dijadualkan siap pada Januari ini akan melonjakkan status Johor Bahru setaraf dengan bandar raya antarabangsa.

Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), Datuk Ismail Ibrahim berkata, kedua-dua projek berkenaan ketika ini sudah hampir 90 peratus siap.

Iklan
Iklan

Menurutnya, projek ini mempunyai beberapa tujuan antaranya, pembersihan Sungai Segget yang mana dari kategori lima, sekarang menjadi kategori dua B.

"Selain itu, projek ini juga akan berfungsi sebagai tebatan banjir dan kesannya boleh dilihat ketika ini apabila berjaya menghalang banjir kilat di pusat bandar raya itu semasa hujan lebat selama beberapa jam," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara IRDA dengan Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) Kampus Pasir Gudang di sini pada Khamis.

Mengenai program MoU tersebut, Ismail berkata, pihaknya akan membantu pembangunan modal insan dalam melahirkan tenaga kerja tempatan bersesuaian kehendak pasaran.

Iklan

"Melalui MoU ini, kita dapat bertukar pendapat dan mengadakan perbincangan dalam pelbagai sektor memandangkan UiTM mempunyai kepakaran teori, manakala kita mempunyai kemahiran praktikal," katanya.

Katanya, gabungan IRDA dan UiTM akan membuahkan penyelesaian terhadap isu-isu yang akan memberi manfaat kepada rakyat setempat.