Gerhana bulan separa terpanjang diramal berlaku Jumaat

Iklan
Foto 123rf

WASHINGTON - Gerhana bulan separa esok (Jumaat) merupakan yang paling lama sejak abad ke-15.

Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) meramalkan ia mungkin berlaku selama tiga hingga lima jam.

Iklan
Iklan

Gerhana terakhir tahun ini itu akan dapat dilihat di Amerika Utara dan Lautan Pasifik, Alaska, Eropah Barat, timur Australia, New Zealand serta Jepun.

Gerhana itu dijangka bermula kira-kira pukul 3.19 petang (waktu tempatan) dengan kemuncaknya sekitar pukul 5 petang (waktu tempatan) dan berakhir pukul 6.47 petang (waktu tempatan).

Iklan

Kali terakhir gerhana berlaku dalam tempoh yang panjang seperti ini ialah pada 18 Februari 1440.

Gerhana bulan separa berlaku apabila bayang-bayang bumi meliputi 97 peratus bulan mengambang. - Awani

Iklan