Hormati pilihan Cheng Hoe

Iklan
Cheng Hoe memantau latihan para pemain Harimau Malaya semasa kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Dubai pada Jun lalu. FOTO: Football Association of Malaysia. FOTO: Football Association of Malaysia. Gambar kecil: Fazli

SEMUA pihak terutama komuniti bola sepak negara ini perlu memberikan lebih kepercayaan kepada pengendali Harimau Malaya dalam menterjemahkan pemilihan para pemainnya dalam bentuk keputusan positif di kejuaraan Piala Suzuki AFF 2020 di Singapura pada Disember depan.

Presiden Peminat Bolasepak Kedah (PBK), Fazli Mansor berkata, bekas pengendali Kedah itu lebih mengetahui elemen-elemen yang diperlukan daripada para pemain untuk kejuaraan tersebut.

Iklan
Iklan

"Biarpun terdapat segelintir pihak mempertikaikan pemilihan para pemain untuk saingan Piala Suzuki AFF, namun secara peribadi saya percaya keputusan diambil coach Tan Cheng Hoe itu setelah mengambil pandangan pelbagai pihak yang berkaitan.

"Paling utama tentu sahaja kita tidak mahu kehilangan para pemain penting menjelang pusingan ketiga kelayakan Piala Asia pada Jun depan, yang merupakan keutamaan tertinggi yang menjadi perhatian komuniti bola sepak negara," katanya kepada Sukan Sinar pada Rabu.

Iklan

Pada masa sama Fazli juga percaya pemilihan Guilherme de Paula yang berdepan kritikan berikutan aksi longlai di Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Jordan sebelum ini lebih kepada peluang kali kedua kepada pemain naturalisasi negara tersebut.

"Melihat prestasi di Dubai dan Amaan sebelum ini ternyata de Paula bukanlah pemain yang boleh disandarkan harapan bagi mencipta impak positif kepada Harimau Malaya di Singapura.

Iklan

"Malah lebih ruang patut diberikan kepada para pemain lokal lain, namun saya percaya coach Cheng Hoe masih percaya De Paula mampu menghadirkan sesuatu di bahagian serangan," katanya.

Bagi pemilihan Khairul Fahmi Che Mat, Fazli menyifatkannya sebagai penyuntik semangat kepada para pemain negara kerana penjaga gawang Melaka United tersebut pernah menjulang kejuaraan pada edisi 2010.

"Pemilihan Apek saya lihat lebih kepada untuk membarakan semangat para pemain Harimau Malaya sebagai benteng terakhir negara.

"Biarpun terdapat kegusaran mengenai prestasinya semasa di Jordan sebelum ini, namun prestasi semasa bersama Melaka United, boleh diletakkan harapan untuk mendisiplinkan bahagian pertahanan negara dengan kembalinya Shahrul Saad," katanya.