BEKAS pengurus Feyenoord Rotterdam, Giovanni van Bronckhorst dilantik sebagai pengendali baharu Rangers selepas pemergian Steven Gerrard ke kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Aston Villa, kata juara Scotland itu pada Khamis.
Van Bronckhorst, yang pernah beraksi untuk Rangers antara 1998 dan 2001, mengetuai Feyenoord merangkul kejuaraan liga 2016/17 sebelum menyertai kelab Liga Super China, Guangzhou City pada Januari 2020.
Iklan
Iklan
"Saya berasa sangat bertuah dapat peluang bekerja dengan skuad yang berada dalam kedudukan yang hebat di semua bidang dan sebahagian besarnya mempunyai pengalaman sebagai juara.
"Saya tidak sabar untuk meneruskan dan meningkatkan kerja bersama (pengarah sukan) Ross Wilson dan lembaga pengarah kelab, dan saya bersyukur atas peluang untuk bekerja semula di kelab bola sepak yang besar ini," kata bekas pemain kebangsaan Belanda itu di laman web kelab.
Sementara itu, Wilson berkata:"Gio sudah menunjukkan dirinya sebagai pemenang, dia tahu kelab, dia tahu kualiti skuad dan benar-benar sejajar dengan pendekatan dan pemikiran kami."
Untuk rekod, Rangers, yang berkelebihan empat mata di puncak Liga Perdana Scotland selepas 13 perlawanan, menjadi tuan rumah apabila menerima kunjungan kelab tempat keenam Hibernian pada Ahad
Artikel Berkaitan