Hamas desak Justin Bieber batal konsert di Tel Aviv

Iklan
Justin Bieber

GAZA - Pergerakan Hamas pada Khamis mendesak supaya penyanyi terkenal, Justin Bieber membatalkan konsertnya yang dijadualkan berlangsung di Tel Aviv pada Oktober depan, lapor agensi berita KAN.

Pada Isnin lalu, berita mengenai konsert tersebut tersebar dengan menyatakan ia akan berlangsung di Hayarkon Park sebagai sebahagian daripada jelajah konsert 'Justice World Park'.

Iklan
Iklan

Pergerakan itu juga mendesak supaya Bieber memboikot Israel dengan menyatakan ia telah melakukan jenayah menentang kemanusiaan.

Kali terakhir penyanyi yang terkenal dengan lagu 'Anyone' itu ialah di Hayarkon Park, Tel Aviv pada tahun 2017 yang disaksikan kira-kira 50,000 penonton.

Iklan

Kali pertama dia dilihat di Israel ialah pada tahun 2011.

Israel sebelum ini dianggap melaksanakan aparteid iaitu dasar diskriminasi terhadap penduduk Israel.

Iklan

Sebuah pertubuhan hak asasi manusia, Human Right Watch juga pernah membuat dakwaan seumpama itu. - Agensi