AMPANG JAYA - Seorang anggota polis yang tular menggunakan nombor pendaftaran 'fancy' dan menunggang tanpa cermin pandang belakang dikenakan tindakan saman.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, video tersebut dikesan dimuat naik menerusi aplikasi media sosial TikTok memaparkan seorang anggota ronda daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang.