SHAH ALAM - Sesi pemukiman atau retreat kepimpinan PH yang diadakan selepas mesyuarat Majlis Presiden semalam akan mengatur langkah dan strategi seiring dengan denyut nadi rakyat serta isu yang dekat di hati mereka.
Ketua Setiausaha Sekretariatnya, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, sesi itu turut membincangkan hala tuju sebagai kerajaan, menyemak, bertindak dan memberi respons terhadap isu yang dekat dengan rakyat.
Iklan
Iklan
"Sesi pemukiman sehari itu dihadiri pimpinan Majlis Presiden termasuk Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan timbalannya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bersama Menteri Kabinet Persekutuan dan timbalan menteri serta Menteri Besar dan Ketua Menteri.
"Dr Mahathir selaku Pengerusi PH bersama-sama dengan kepimpinan tertinggi telah mengadakan retreat sehari di Cyberjaya, katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Artikel Berkaitan