KOTA BHARU - Pilih pemimpin yang berintegriti dan memahami tanggungjawab terhadap rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka nanti, kata Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob.
Ahmad menyampaikan pesanan itu menerusi satu video pendek yang dimuat naik menerusi Facebook rasmi beliau pada Khamis.
Ucapan berkenaan ditujukan khas kepada rakyat negeri Melaka yang akan keluar mengundi pada Sabtu ini.
"Saya menyeru semua pengundi di Melaka agar dapat mengundi calon-calon dari Perikatan Nasional (PN).
"Pilihkan kepimpinan yang berintegriti, memahami tanggungjawab terhadap rakyat dan senang bermuafakat demi kestabilan negeri dan negara.
"Marilah kita bulatkan tekad dan sepakat untuk berikan undi kepada PN," katanya yang juga merupakan Menteri Besar Kelantan.