Zverev sedia berdepan Djokovic

Iklan
Zverev bakal berdepan Djokovic pada peringkat separuh akhir Siri Jelajah ATP Nitto, pada Khamis. - Foto Skysports

PEMAIN nombor tiga dunia, Alexander Zverev bersedia untuk berdepan pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic pada peringkat separuh akhir Siri Jelajah ATP Nitto, pada Khamis.

Menurut Zverev, mereka sudah banyak kali bertemu sebelum ini di mana pemain Jerman itu pernah menewaskan Djokovic pada separuh akhir Olimpik Tokyo 2020 selain tewas kepada pemain Serbia pada Terbuka US.

Iklan
Iklan

"Kami sudah bertemu beberapa kali, jika tidak silap sudah lima kali kami bertemu seperti di Sukan Olimpik Tokyo 2020, Terbuka US, Terbuka Australia dan sebagainya.

"Kali ini kami akan berentap sekali lagi di sini (Turin). Bagi saya ia sudah menjadi satu perkara biasa dan saya bersedia untuk beraksi berdepan dengannya.

Iklan

"Lagi pun, pertemuan kami pasti akan berlangsung sengit. Kami akan cuba sedaya upaya untuk menang dan dijangkakan perkara sama juga akan berlaku kali ini di sini,” katanya.

Untuk rekod, pemain Jerman itu menewaskan pemain nombor sembilan dunia, Hubert Hurkacz 6-2, 6-4 pada saingan peringkat kumpulan di belakang juara bertahan Daniil Medvedev.

Iklan

Sementara itu, Zverev mengakui dia berdepan kesukaran sebelum berjaya menewaskan Hurkacz.

Katanya, pemain Poland itu telah beraksi dengan cemerlang di sepanjang pertemuan berkenaan.

"Hari ini (Khamis), saya telah berdepan satu perlawanan yang sukar buat saya dan saya telah gunakan seluruh pengalaman saya untuk menang.

"Saya telah tetapkan sasaran untuk menang dan akhirnya saya berjaya melakukannya,” katanya.