Liverpool bakal berdepan Arsenal tanpa lapan tonggak

Iklan
Liverpool mungkin hilang lapan pemain berdepan Arsenal. - Foto The 4th Official

PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp mendedahkan skuad kendaliannya itu berkemungkinan kehilangan lapan pemain tonggak menjelang aksi berdepan Arsenal di Anfield pada Ahad.

Menurut Klopp kesemua pemain berkenaan dilaporkan mengalami kecederaan setelah kembali daripada tugasan antarabangsa khususnya bagi kelayakan Piala Dunia bersama skuad kebangsaan negara masing-masing.

Iklan
Iklan

"Kita mungkin kehilangan lapan pemain yang dilaporkan cedera sekembalinya mereka daripada tugasan antarabangsa dengan pasukan negara masing-masing.

"Bagaimanapun, kita akan melihat laporan perubatan terkini sebelum membuat keputusan muktamad berhubung pemain yang bakal beraksi nanti,” katanya.

Iklan

Untuk rekod, Jordan Henderson, Andy Robertson, Roberto Firmino, Naby Keita, James Milner, Joe Gomez, Curtis Jones dan Harvey Elliot dilaporkan mengalami kecederaan dan berkemungkinan besar terlepas aksi berdepan Arsenal.

Situasi berkenaan menyaksikan Klopp berdepan sedikit kesukaran bagi menamakan kesebelasan utama The Reds untuk berdepan The Gunners.

Iklan

Sementara itu, Klopp lega apabila penyerang, Sadio Mane yang juga dilaporkan mengalami kecederaan, dijangka kembali cergas dalam masa terdekat.

Jurgen Klopp - Foto Skysports

Malah pemain Senegal itu dijangka kembali cergas menjelang aksi berdepan Arsenal dan bakal membentuk gandingan mantap bersama penyerang sensasi The Reds, Mohamed Salah.

"Mane setakat ini dilaporkan dalam keadaan yang baik, tetapi belum cergas sepenuhnya daripada kecederaan rusuknya.

"Bagaimanapun, dia telah mula menjalani latihan dan diharapkan dia kembali cergas untuk diturunkan nanti,” katanya.