Chelsea disaran kekalkan khidmat Rudiger

Iklan
Rudiger

PENDAHULU Liga Perdana Inggeris (EPL) Chelsea digesa menyegerakan pembaharuan kontrak baharu bagi tonggak pertahanan Antonio Rudiger bagi memastikannya kekal di Stamford Bridge.

Legenda Chelsea dan Arsenal,Emmanuel Petit berkata, penyandang juara Liga Juara-Juara melakar itu masih memerlukan khidmat pemain Jerman tersebut bagi mengharungi saingan domestik dan Eropah yang padat musim ini.

Iklan
Iklan

"Rudiger masih antara pemain pertahanan terbaik Eropah dan dunia pada ketika ini, malah berada pada prestasi terbaik tidak hanya ketika bersama kelab tetapi juga pasukan kebangsaannya.

"Pada fasa ini satu kerugian buat kelab seandainya tidak mengekalkan khidmat Rudiger, malah Chelsea berkemungkinan terpaksa membayar 30 juta pound bagi mencari pemain sepertinya pada ketika ini.

Iklan

"Namun sekiranya Chelsea mampu mendapatkan pengganti sekitar harga tersebut, ia masih belum mampu memberi jaminan prestasi menyamai Rudiger," katanya.

Untuk rekod, kontrak Rudiger di Stamford Bridge bakal berakhir musim depan.

Iklan

Pada masa sama, Petit menyifatkan kehadiran Rudiger menjadi penyelamat kepada persembahan bertenaga kelab itu sejak dikendalikan Thomas Tuchel.

"Sejujurnya Rudger adalah seorang yang penyelamat.

Sejak Tuchel menjadi pengurus, dia menjadi antara pemain pertahanan terbaik dunia.

"Jika Rudiger meminta dua tahun lagi tambahan kontrak, berikan sahaja dua tahun kontrak tersebut," katanya.

Sementara itu, Chelsea dilaporkan mendapat suntikan semangat menjelang kunjungan ke Stadium King Power bagi perlawanan menentang Leicester City pada Sabtu, apabila tonggak utama Timo Werner mula kembali menjalani latihan.

Penyerang berusia 25 tahun itu sebelum ini terlepas lima perlawanan terakhir bersama The Blues selepas mengalami kecederaan hamstring ketika menentang Malmo dalam saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara pada bulan lalu.

Werner mengambil sesi latihan penuh bersama beberapa pemain kelab London itu seperti Christian Pulisic, Kai Havertz dan Hakim Ziyech.

Bagaimanapun kelibat seorang lagi pencetak gol utama Chelsea, Romelu Lukaku dijangka tidak dapat diturunkan dalam perlawanan menentang The Foxes kendalian Brendan Rogers tersebut kerana masih dalam proses pemulihan.

Bekas peledak Inter Milan itu hanya menjalani latihan ringan dijangkakan akan kembali dalam barisan Chelsea menjelang perlawanan Liga Juara-Juara menentang Juventus minggu depan.