Beberapa buah rumah di kawasan rendah dinaiki air di Kampung Tok Deh dekat Rantau Panjang, Pasir Mas, hari ini.
Seramai enam keluarga melibatkan 31 mangsa ditempatkan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh dekat Rantau Panjang mula dibuka pada pukul 10 malam tadi iaitu PPS pertama yang dibuka di negeri tersebut.
Tinjauan di Kampung Tok Deh mendapati beberapa kawasan jalan dari Kampung Tok Deh ke Rantau Panjang turut dinaiki air namun masih dilalui kenderaan ringan. - Foto Bernama