MERCATO Sri Hartamas bersedia memberi perkhidmatan kepada pelanggan dengan beribu-ribu produk tempatan dan antarabangsa yang digemari ramai dengan pengalaman yang serba baharu.
Pengarah Operasi Kedai, Malaysia dan Singapura, Mark Scates percaya dengan pembukaan Mercato Sri Hartamas pihaknya komited dalam menyediakan pelbagai rangkain produk berkualiti, nilai, perkhidmatan dan kemudahan kepada pelanggan.
"Di sini, pelanggan boleh menantikan pengalaman membeli-belah dan perkhidmatan tahap baharu yang hebat daripada ahli pasukan kami,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Mengulas lanjut, Mark berkata, Mercato Sri Hartamas membawa masuk beribu-ribu produk baharu untuk memberikan perasaan teruja dan menggembirakan pelanggan dengan rangkaian pilihan unik serta produk antarabangsa yang lebih luas daripada kedai roti hingga barangan am.
"Daripada pilihan sandwich baharu, Piza Hawaii, Akarumi Asian Roast hinggalah pilihan jus segar dan aiskrim untuk dinikmati pelanggan.
"Memandangkan rakyat Malaysia yang lebih mementingkan kesihatan dengan tabiat pemakanan mereka, justeru Mercato akan bekerjasama dengan rangkaian makanan sihat Rawsome pada ‘Bar Salad Do-It-Yourself’ untuk kesegaran yang lebih baik dan pilihan yang lebih sihat.
"Selain itu, Mercato juga akan memperkenalkan minuman kesihatan baharu - kombocha-keju,” ujarnya.
Dalam pada itu, Mark berkata, Mercato Sri Hartamas menampilkan suasana baharu yang lebih segar dengan hiasan yang menarik dan ruang membeli-belah yang luas.
Beliau berkata, pelanggan dijanjikan dengan rangkaian makanan istimewa dan luar biasa yang disusun rapi sekali gus menjadikan pengalaman membeli-belah biasa menjadi perjalanan gourmet yang unik.
"Kami mendengar dengan teliti setiap keperluan pelanggan untuk menyediakan lebih banyak produk import yang dipilih dengan pengalaman membeli belah premium selaras dengan meningkatkan wajah baharu Mercato Sri Hartamas.
"Kami benar-benar berterima kasih kepada pelanggan kerana membenarkan kami berkhidmat kepada masyarakat. Tiada satu pun daripada pencapaian kami akan dapat dicapai tanpa sokongan mereka yang tidak berbelah bahagi,” jelasnya.
Sementara itu, Mark berkata, untuk meraikan wajah baharu Mercato Sri Hartamas, pelanggan boleh menikmati promosi eksklusif di kedai dengan 1,000 pelanggan pertama akan membawa pulang ‘reusable jute bag’ eksklusif Mercato dengan pembelian minimum RM100 dalam satu resit.
"Untuk promosi yang lebih segar dan menarik, sila layari laman Facebook Mercato Malaysia di: www.facebook.com/MercatoMalaysia,” ujarnya.