Belanjawan Johor 2022 banyak inisiatif perhebat orang muda

Iklan
Belanjawan Johor 2022 dilihat sebagai belanjawan mesra orang muda termasuk mahasiswa berikutan banyak inisiatif yang diumumkan bagi memperhebat golongan itu di negeri ini. - Foto 123RF

JOHOR BAHRU - Belanjawan Johor 2022 dilihat sebagai belanjawan mesra orang muda termasuk mahasiswa berikutan banyak inisiatif yang diumumkan bagi memperhebat golongan itu di negeri ini.

Dewan Muda Johor (DMJ) menerusi hantaran di laman Facebook memaklumkan, ia dapat dilihat menerusi inisiatif-inisiatif seperti ‘Young Drone Pilot Programme’, ‘Johor Youngster Coding Programme’, ‘Digital Johor Startup Grant’ dan agenda Orang Muda Johor (OMJ).

Iklan
Iklan

"Peruntukan RM42.5 juta oleh kerajaan negeri bagi pelaksanaan inisiatif di bawah agenda OMJ juga menunjukkan bahawa kerajaan negeri mahu melihat orang muda terlibat secara langsung dalam menjayakan agenda OMJ dalam sektor ekonomi dan sosial di Johor,” menurut DMJ.

ARTIKEL BERKAITAN: Penjawat awam Johor terima bantuan khas minimum RM1,000

Iklan

56 ADUN Johor terima peruntukan tetap RM200,000 setiap tahun

1,000 anak Johor hilang ibu bapa akibat Covid-19 dibantu

Iklan

Menurut DMJ, peruntukan RM1.7 juta untuk 3,000 mahasiswa anak Johor melalui program Internet Mahasiswa Johor turut dapat mengatasi isu dan masalah capaian Internet yang dihadapi mahasiswa daripada keluarga berpendapatan rendah dan kawasan luar bandar.

DMJ berpendapat, belanjawan kali ini juga menyeluruh, inklusif dan membantu mengurangkan impak sosial serta merupakan ‘jump-start’ ekonomi Johor dan walaupun ia merupakan belanjawan defisit untuk dua tahun berturut-turut, pemberian ‘one-off’ atau sekali bayar serta bantuan kepada sektor memerlukan tetap diberikan.

"DMJ turut sambut baik usaha memperkenalkan ‘Johor Green Deal’ yang menunjukkan kerajaan negeri turut mengiktiraf dan sedar terhadap krisis iklim melanda di negeri ini, sekali gus menjadikan Johor negeri pertama yang akan mengusahakan penyediaan dasar ‘Green New Deal’ ini,” menurut DMJ.

Menurut DMJ, program dan inisiatif yang dirancang seperti ‘Johor Go Global’, ‘Friendly Johor’, Tabung Fasiliti Pelaburan dan memperkasa Biro Konvensyen dan Pameran Johor (JCEB) adalah langkah tepat untuk mengoptimumkan hasil kepada negeri Johor, sekali gus menjadikan Johor berdaya saing dan mampu menarik pelabur-pelabur luar.

Kerajaan Johor pada Khamis membentangkan Belanjawan Johor 2022 yang merupakan belanjawan defisit kedua berjumlah RM286.47 juta. - Bernama