Seorang nelayan di perkampungan nelayan Bako menunjukkan hasil tangkapan ketam nipah yang diperolehinya ketika tinjauan di sini.
Nelayan terpaksa mengehadkan aktiviti mencari hasil laut pada musim tengkujuh berikutan keadaan angin kencang dan ombak besar yang boleh mendatangkan risiko, sekali gus menyebabkan hasil tangkapan agak berkurangan. Menerusi Belanjawan Sarawak 2022 bertemakan Bersatu Padu Membina Masyarakat Yang Berdaya Tahan, Inklusif Dan Progresif seperti yang diumumkan Ketua Menteri Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang bernilai RM10.136 bilion, sebanyak RM 15 juta telah diperuntukkan bagi Bantuan Musim Tengkujuh Nelayan yang akan memberi manfaat kepada nelayan di negeri Sarawak. - Foto Bernama