KUCHING - Jumlah kes baharu Covid-19 di Sarawak turun sedikit pada Jumaat dengan 292 kes dicatatkan, berbanding 311 yang direkodkan semalam, menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) itu.
Angka kes yang melibatkan jangkitan paru-paru, memerlukan bantuan oksigen atau ventilator turut menurun kepada lima berbanding 10 kes semalam dan jumlah ini merupakan yang terendah dilaporkan jawatankuasa itu sejak seminggu lepas.