PUTRAJAYA - Insiden rusuhan yang berlaku perlu ditangani dengan bijaksana.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, apabila ia ditangani dengan baik, rakyat akan memahaminya.
"Apabila kita hadapi rusuhan, hendaklah tangani dengan bijak," katanya.
Menurutnya, pentadbiran negara dan rakyat perlu hidup dengan aman damai supaya kekayaan dapat diagihkan kepada semua pihak.
"Ini hanya boleh dicapai sekiranya negara ditadbir dengan baik, tiada rasuah dan perkara yang disengajakan untuk mencetuskan huru hara dan rusuhan kaum," katanya dalam ucapan Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri, di sini hari ini.
Isu pemindahan kuil Sri Maha Mariamman telah mencetuskan rusuhan di kawasan rumah ibadat berkenaan pada awal pagi Isnin dan Selasa, yang menyaksikan seorang anggota bomba cedera parah selain perusuh turut membakar 23 kenderaan dan merosakkan cermin bangunan kompleks One City yang terletak satu kilometer dari kuil tersebut.
Sehingga kini, seramai 58 individu ditahan polis.