Mayat lelaki ditemui di tebing sungai

Iklan
Anggota bomba memakai PPE penuh sebelum membawa naik mayat mangsa dari tebing sungai berkenaan. - Foto ihsan Bomba KL

KUALA LUMPUR - Mayat seorang lelaki ditemui di tebing sungai kawasan tanah perkuburan lama berhampiran Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) menghala ke Selayang di sini petang Jumaat.

Ketua Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Roosli Abu Hassan berkata, seramai 11 anggota dan dua buah jentera bomba dikerahkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan MERS 999 pada jam 4.26 petang.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pihak polis meminta anggota bomba untuk membawa naik mayat seorang lelaki berusia dalam lingkungan 40-an yang belum dikenal pasti indentiti dan kewarganegaraannya.

"Anggota operasi bertindak memakai pakaian perlindungan diri (PPE) penuh dan turun ke tebing sungai pada ketinggian 9.14 meter dari jalan raya.

Iklan

"Anggota operasi menggunakan pengusung untuk turun mengambil dan menaikkan mangsa ke atas tebing," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, mayat tersebut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat sepenuhnya sekitar jam 6.02 petang.

Iklan