Kerajaan kaji semula imbuhan, hadiah kepada bekas Perdana Menteri

Iklan
Wan Junaidi - Foto fail Bernama

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Satu jawatankuasa khas telah ditubuhkan bagi mengkaji semula segala bentuk imbuhan dan hadiah yang akan diberikan kepada bekas Perdana Menteri untuk pelaksanaan pada masa hadapan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Parlimen), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, jawatankuasa tersebut akan menyemak kembali garis panduan untuk memenuhi permintaan termasuk kadar, syarat dan had maksimum bagi Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980.

Iklan
Iklan

Menurutnya, perkara tersebut juga berkaitan dengan isu permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di bawah akta berkenaan.

"Saya ingin menjelaskan fakta berkenaan dengan permohonan Datuk Seri Najib Razak bagi sebidang tanah untuk beliau bina rumah.

Iklan

"Pada dasarnya, kabinet telah bersetuju terhadap permohonan bekas Perdana Menteri itu berdasarkan haknya mengikut undang-undang.

"Walau bagaimanapun, saya mesti menegaskan bahawa keputusan ini tidak muktamad dan tertakluk kepada pertimbangan lanjut dan kelulusan akhir oleh kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: 'Hadiah' RM100 juta antara tarikan minggu keempat Dewan Rakyat

Tengku Zafrul sahkan Najib mohon rumah bernilai RM100 juta

Hadiahkan Najib hartanah RM100 juta, pembangkang kaji semula kerjasama

Najib dalam satu sidang akhbar pada petang Jumaat mengumumkan keputusan untuk menolak permohonan bagi mendapatkan hartanah yang bernilai RM100 juta.

Ahli Parlimen Pekan itu mencadangkan supaya peruntukkan tersebut dikaji semula termasuk menarik semula permohonan kepada semua bekas Perdana Menteri selepas beliau.