PH tak bersedia hadapi PRK

Iklan
Mohd Muzzammil Ismail

SHAH ALAM - Armada Bersatu mendakwa kekalahan PH dalam PRK DUN Semenyih bukan hanya disebabkan oleh calon semata-mata, sebaliknya faktor lebih besar adalah berkaitan pengurusan operasi dan strategi parti yang pincang.

Exconya, Mohd Muzzammil Ismail berkata, sayap parti itu tidak dipersiapkan untuk menghadapi pilihan raya menyebabkan mereka tidak tahu apa yang sepatutnya dilakukan.

Iklan
Iklan

"Saya perlu cakap perkara ini supaya pimpinan PH khususnya Bersatu ambil ikhtibar. Lihat sahaja perbezaan bilik gerakan utama PH dengan BN di Semenyih. Mereka tepi jalan utama, di atas bukit dan apabila orang lalu nampak gah disitu. Bilik gerakan utama PH di celah lorong, rumah kedai mamak yang orang tidak tahu pun.

"Koordinasi antara rakan PH juga menjadi persoalan, ramai Armada Bersatu negeri datang nak membantu tetapi tidak tahu apa tugas yang perlu mereka lakukan. Calon PH, Muhammad Aiman Zainali terpaksa bergerak sendiri dan strategi kempen sentiasa berubah-ubah. Sebab itu kita dapat rungutan berkaitan calon tidak berada di lokasi yang dijadualkan dan ini bukan salah beliau kerana tidak ada pengalaman dalam kempen pilihan raya," katanya ketika ditemui Sinar Harian, hari ini.

Iklan

Dalam PRK itu, BN merampas kembali kerusi DUN Semenyih apabila Zakaria Hanafi menang dengan meraih 19,780 undi, menewaskan tiga lagi pencabarnya.

Beliau menewaskan calon PH Muhammad Aiman yang memperoleh 17,866 undi, manakala calon PSM, Nik Aziz Afiq Abdul 847 undi dan calon Bebas, Kuan Chee Heng memperoleh 725 undi.

Iklan

Mengulas lanjut, Mujahid berkata, kemenangan BN juga disebabkan oleh serangan memperkecilkan prestasi PH.

Mengulas lanjut, Mohd Muzzammil berkata, individu yang sepatutnya mengetuai Armada tidak dilantik dalam struktur organisasi jentera pilihan raya walaupun calon mereka adalah anak muda.

"Struktur ini dibuat sendiri, individu sepatutnya tidak dilantik dan ini politik dalaman wujud. Hanya kerana mereka ini mempunyai jawatan di peringkat tertentu, secara tidak langsung beliau dilantik menganggotainya.

"Sebagai contoh beliau merupakan Pengerusi Bersatu negeri, secara automatik individu itu dilantik menjadi pengarah pilihan raya. Itu antara kelemahan PH dalam PRK ini apabila tidak melantik orang yang sepatutnya. Bila keadaan itu berlaku, wakil yang tidak berada dalam pasukan tersebut tidak boleh salurkan strategi yang telah digarapkan kepada jentera Armada," katanya.

Beliau berkata, kelemahan Kementerian Komunikasi dan Multimedia menguruskan soal penerangan berkaitan operasi perjalanan kerajaan pada hari ini kepada rakyat secara berkesan juga antara faktor kekalahan PH.

"Mereka gagal untuk memastikan setiap inisiatif, pelaksanaan dan dasar yang dilakukan kerajaan sampai kepada akar umbi iaitu rakyat secara keseluruhan. Saya ambil contoh orang kata PH tidak memandang serius isu penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW, sedangkan individu yang melakukan perkara itu telah ditahan dan direman tetapi adakah semua rakyat tahu?

"Jika dibandingkan dengan kes sama pada 2012, ia mengambil masa dua tahun untuk dibicarakan dan didakwa. Benar ada perkara boleh dilakukan segara dan ada yang perlu mengambil masa untuk dilaksanakan tetapi dalam tempoh sembilan bulan ini, kerajaan ada inisiatif untuk dilaksanakan, tetapi adakan semua orang tahu," katanya.