Pemilik, pengunjung premis hiburan dikompaun

Iklan
Hasil serbuan mendapati premis tersebut telah melanggar Peraturan 17 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit PPN 4 2021.

KUALA LUMPUR - Seramai 85 pengunjung termasuk pemilik sebuah pusat hiburan dikompaun sebanyak RM435,000 menerusi serbuan di premis hiburan yang terletak di Kuchai Enterpreneur Park, Kuchai Lama di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, serbuan dijalankan seramai 23 pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Bahagian Siasatan Jenayah dan Balai Polis Sri Petaling.

Iklan
Iklan

"Hasil serbuan yang dijalankan mendapati premis tersebut telah melanggar Peraturan 17 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit PPN 4 2021 (melakukan aktiviti terlarang dalam pub dan kelab malam) semasa tempoh Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara bagi Kuala Lumpur.

"Kompaun bernilai RM25,000 telah dikeluarkan kepada pemilik premis, manakala sebanyak 82 pengunjung telah dikenakan kompaun bernilai RM5,000 setiap individu dan menjadikan jumlah keseluruhan kompaun yang dikeluarkan adalah bernilai RM435,000," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Iklan

Katanya, serbuan yang sama juga, seramai 91 orang pengunjung telah disaring ujian air kencing.

"Hasil keputusan mendapati seorang individu didapati positif di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Iklan

"Operasi seperti ini akan dijalankan lagi dari semasa ke semasa bagi membendung penularan Covid-19 dalam kalangan warga Kuala Lumpur khususnya dan membantu usaha kerajaan dalam menghentikan penularan Covid-19 dalam negara kita," katanya.