MELAKA - Sebanyak tujuh peratus pengundi telah keluar mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sehingga jam 9 pagi.
Perkara tersebut disahkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Iklan
Iklan
"Peratus keseluruhan keluar mengundi biasa bagi PRN Melaka Ke-15 pada jam 9 pagi adalah sebanyak tujuh peratus,” kata SPR dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Pada Jumaat, Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ikmakrudin Ishak berkata, seramai 476,037 orang pengundi bakal mengundi di PRN Melaka.
Menurut beliau, sebanyak 217 pusat mengundi dan 1,109 saluran akan dibuka untuk tujuan pengundian dengan seramai 12,290 orang petugas akan bertugas bagi proses pengundian.
Ikuti perkembangan semasa #PRNMelaka dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my