MELAKA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Sabtu mengesahkan sebanyak 27 peratus pengundi keluar mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sehingga jam 11 pagi.
"Peratus keseluruhan keluar mengundi biasa bagi PRN Melaka Ke-15 pada jam 11 pagi adalah sebanyak 27 peratus,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Iklan
Iklan
Pada Jumaat, Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ikmakrudin Ishak berkata, seramai 476,037 pengundi mengundi di PRN Melaka.
Menurut beliau, sebanyak 217 Pusat Mengundi dan 1,109 saluran akan dibuka untuk tujuan pengundian membabitkan seramai 12,290 petugas bagi proses pengundian.
Ikuti perkembangan semasa #PRNMelaka dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my