Masalah teknikal paip agihan di USJ pulih malam ini

Iklan
Bekalan air kawasan USJ 1 hingga USJ 27 di Petaling yang terjejas akibat penurunan paras air Kolam Air Sime UEP di Kampung Kenangan Puchong dijangka pulih sepenuhnya pada malam Sabtu. - Gambar hiasan

SHAH ALAM - Bekalan air kawasan USJ 1 hingga USJ 27 di Petaling yang terjejas akibat penurunan paras air Kolam Air Sime UEP di Kampung Kenangan Puchong dijangka pulih sepenuhnya pada malam Sabtu.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam satu kenyataan memaklumkan, kejadian berlaku berikutan masalah teknikal atau ‘air lock’ pada paip agihan utama yang menyalurkan air ke kolam berkenaan.

Iklan
Iklan

"Air Selangor sedang berusaha untuk mengatasi masalah ‘air lock’ ini dan akan menyalurkan bekalan air secara berperingkat setelah paras kolam agihan tersebut distabilkan.

"Bekalan air dijangka pulih sepenuhnya di semua kawasan pada jam 12 tengah malam ini.

Iklan

"Tempoh masa pemulihan bekalan air di kawasan terjejas berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan,” kata kenyataan itu menerusi Facebook Air Selangor pada Sabtu.

Menurut kenyataan itu, maklumat terkini akan dimaklumkan melalui semua medium komunikasi Air Selangor termasuk Facebook, Twitter, Instagram dan laman sesawang www.airselangor.com.

Iklan

"Sebarang pertanyaan dan aduan boleh diajukan kepada Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300 atau Help Centre di aplikasi Air Selangor," katanya.