Sekitar suasana PRN Melaka

Iklan
Para pengundi yang hadir diwajibkan untuk mengimbas kod respons pantas (QR) MySejahtera, memeriksa suhu badan, memakai pelitup separuh muka dan menggunakan pensanitasi tangan sebelum dibenarkan masuk ke pusat mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di Sekolah Kebangsaan Ramuan China Besar dekat Masjid Tanah, hari ini.

Proses pengundian PRN Melaka bermula 8 pagi ini dengan 217 pusat pengundian dibuka membabitkan sebanyak 1,109 saluran bagi membolehkan rakyat Melaka memilih kerajaan baharu.

Pengundian membabitkan 476,037 pengundi biasa daripada keseluruhan 495,195 pengundi, akan dikendalikan seramai 12,290 petugas pilihan raya di semua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sehingga waktu mengundi tamat pada 5.30 petang. - Foto Bernama.

Iklan
Iklan