Bomba nafi bangunan KPKT terbakar

Iklan
JBPM

PUTRAJAYA - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menafikan bangunan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Presint 4 di sini terbakar, malam tadi seperti dalam gambar yang tular.

Pengarah JBPM Putrajaya, Md Hilman Abd Rashid berkata apa yang dilihat sebenarnya adalah biasan cahaya dan asap dari pemampat penyaman udara bangunan itu.

Iklan
Iklan

"JBPM Putrajaya bersama anggota keselamatan bangunan telah membuat pemeriksaan di bangunan KPKT kira-kira 8.40 malam tadi dan mendapati tiada kebakaran yang berlaku." katanya mengulas mengenai penularan dua gambar seolah-olah bangunan KPKT terbakar.- Bernama