Dihalau ketika bertugas, ejen pusat mengundi PH lapor polis

Iklan
Mohd Rafee Ibrahim menunjukkan laporan polis yang dibuat wakilnya berhubung insiden dihalau keluar selepas dua jam bertugas di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Bendahara Seri Maharaja.

MELAKA TENGAH - Ejen pusat pengundi Pakatan Harapan (PH) membuat laporan polis kerana diarahkan keluar dari saluran mengundi di pusat mengundi setelah dua jam bertugas.

Calon PH, Mohd Rafee Ibrahim berkata, laporan polis dibuat oleh Mohd Bazain Yusof, 66, selepas wakilnya itu diarah keluar dari pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Bendahara Seri Maharaja.

Iklan
Iklan

"Wakil saya telah dihalau atas alasan masa minima dua jam telah berakhir. Sama ada wujud kecuaian atau dia tidak faham klausa minima dua jam itu.

"Saya sangsi adakah ketua tempat mengundi faham tentang situasi atau sengaja dibuat. Itu kita pulangkan kepada pasukan undang-undang kita untuk buat tindakan susulan," katanya dalam sidang akhbar di Ayer Molek di sini pada Sabtu.

Iklan

Berdasarkan laporan polis yang dibuat di Balai Polis Kandang itu, Mohd Bazain melaporkan beliau sepatutnya boleh bertugas lebih dua jam.

Laporan polis dibuat bagi mengelakkan sebarang penipuan dan salah guna kuasa sepanjang ketiadaannya sebagai ejen pusat pengundi parti.

Iklan

Ikuti perkembangan semasa #PRNMelaka dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my