PRN Melaka: 61 peratus keluar mengundi sehingga 4 petang

Iklan
Petugas pembersihan melakukan kerja-kerja sanitasi di bilik mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 2021 di Sekolah Kebangsaan Jeram hari ini.

 Foto Bernama

MELAKA - Sebanyak 61 peratus pengundi telah keluar mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sehingga jam 4 petang.

Perkara tersebut disahkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Iklan
Iklan

"Peratus keseluruhan keluar mengundi biasa bagi PRN Melaka Ke-15 pada jam 4 petang adalah sebanyak 61 peratus,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Pada Jumaat, Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ikmakrudin Ishak berkata, seramai 476,037 orang pengundi mengundi di PRN Melaka.

Iklan

Menurutnya, sebanyak 217 pusat mengundi dan 1,109 saluran akan dibuka untuk tujuan pengundian dengan 12,290 orang petugas akan bertugas bagi proses pengundian.

Pada 18 Oktober, Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh dilaporkan berkata, SPR mensasarkan kira-kira 70 peratus daripada pengundi yang layak akan keluar mengundi.

Iklan

Abdul Ghani berkata, sasaran itu agak rendah berbanding jumlah biasa pada pelaksanaan pilihan raya sebelum ini dengan mengambil kira tempoh pandemik Covid-19 yang belum berakhir.

Ikuti perkembangan semasa #PRNMelaka dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my