ADDIS ABABA - ETHIOPIA. Sekurang-sekurangnya 19 kakitangan agensi berkaitan Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB) merupakan antara mangsa yang terkorban susulan nahas pesawat Ethiopian Airlines, semalam.
Pihak berkuasa berkata, kesemua 157 penumpang terkorban apabila pesawat Boeing 737 dari Addis Ababa ke Nairobi terhempas di Bishoftu, sejurus berlepas awal pagi semalam.
"Sejumlah 19 kakitangan organisasi berkaitan PBB disahkan terbunuh," kata Ketua Organisasi Antarabangsa untuk Migrasi, Antonio Vitorino. Menentukan jumlah sebenar kakitangan PBB yang berada dalam pesawat malang itu, adalah sukar berikutan tidak semua mangsa memaklumkan badan dunia tersebut jadual perjalanan mereka.
Malah,tidak semua mangsa menggunakan pasport PBB ketika melakukan perjalanan terbabit.
Sementara itu, Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres menzahirkan rasa simpati terhadap kehilangan nyawa susulan nahas terbabit.- AFP
ARTIKEL BERKAITAN:
Pesawat Boeing 737 milik Ethiopian Airlines terhempas
Boeing tawar bantuan siasat punca pesawat Ethiopian Airlines terhempas