Kedai runcit musnah terbakar

Iklan
Anggota bomba memadam kebakaran kedai runcit di Jalan Teratai Utama, Paya Jaras di sini pada petang Sabtu.

SUNGAI BULOH - Sebuah kedai runcit musnah dalam kebakaran di Jalan Teratai Utama, Paya Jaras di sini pada petang Sabtu.

Ketua Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Penguasa Bomba Zulfikar Jaffar berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira jam 4.13 petang.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh, BBP Kota Anggerik, BBP Subang Jaya dikejarkan ke lokasi dan tiba kira-kira jam 4.25 petang.

"Kebakaran melibatkan sebuah kedai mini market kategori bangunan kelas B yang mengalami kebakaran sebanyak 70 peratus.

Iklan
Iklan

"Tiada mangsa terlibat dalam kejadian ini," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.