Feichtenbeiner bimbing Selangor musim depan

Iklan
Feichtenbeiner akan mengambil alih tugas mengemudi Selangor FC musim depan.

SELANGOR FC membuat keputusan mengejut apabila mengumumkan pelantikan Michael Feichtenbeiner sebagai ketua jurulatih skuad utama Red Giants musim depan.

Feichtenbeiner yang sebelum ini memikul tugas sebagai Pengarah Sukan Selangor FC akan mengambil alih tempat rakan senegaranya dari Jerman, Karsten Neitzel.

Iklan
Iklan

Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar berkata, kebolehan Feichtenbeiner ketika menggalas tugas selaku jurulatih sementara musim lalu menjadi sebab kepada pelantikannya.

"Pelaksanaan dengan mengetengahkan pemain muda yang boleh bekerjasama dengan pemain senior dan peralihan pantas di antara menyerang dan bertahan adalah selari dengan visi kami untuk melahirkan sebuah pasukan yang mampu menjuarai saingan di masa hadapan.

Iklan

"Kami yakin dengan keputusan ini dan dengan di bawah pimpinan beliau, kita menuju ke arah yang lebih baik dalam mencapai kejayaan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Sebagai rekod, Feichtenbeiner memulakan karier sebagai jurulatih remaja VfB Stuttgart sebelum menyertai kelab Switzerland, BSC Old Boys Basel sebagai ketua jurulatih.

Iklan

Feichtenbeiner juga pernah menjadi ketua jurulatih di Malaysia bersama MPPJ FC pada 2005-2006 dan berjaya menyelamatkan pasukan itu daripada tersingkir ke Liga Premier.

Pada Disember 2019, Feichtenbeiner kembali ke Malaysia bersama Selangor FC sebagai Pengarah Sukan dan juga bertanggungjawab untuk melatih feeder team - Selangor FC 2.