Dakwaan Forest City projek gagal tidak benar, fitnah: TMJ

Iklan
Tunku Ismail

JOHOR BAHRU - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah, dakwaan projek Forest City di Iskandar Puteri kononnya ia projek mega yang gagal adalah tidak benar dan merupakan fitnah disebarkan oleh pihak tertentu.

Berkongsi perkembangan projek berkenaan menerusi hantaran di laman Facebook miliknya, Tunku Ismail bertitah, Forest City merupakan sebuah projek yang sedang dibangunkan secara mampan dan berterusan.

Iklan
Iklan

Titah baginda, projek berkenaan sudah menyumbang pendapatan sebanyak RM630 juta kepada kerajaan Johor dalam bentuk, antaranya bayaran cukai dan dividen selain telah mencipta pekerjaan untuk 1,200 rakyat tempatan dan menganugerahkan kontrak kerja bernilai RM1.4 bilion kepada 150 syarikat kontraktor tempatan.

"Ini secara langsung telah membuka peluang untuk memajukan industri pembinaan di Johor untuk jangka masa panjang,” titah baginda.

Iklan

Menurut baginda, Forest City turut menerima anugerah ‘Global Model of Low-Carbon City Planning and Design Award’ dari Sustainable Cities and Human Settlements Award (SCAHSA) pada akhir bulan lepas.

"Ini menunjukkan bahawa projek ini tidak gagal, sebaliknya menarik perhatian di persada dunia dengan kemajuan teknologinya,” titah baginda.

Iklan

Baru-baru ini, tular satu video berdurasi lebih 16 minit di media sosial yang mendakwa projek Forest City merupakan antara lima projek mega yang tidak memberi keuntungan dan paling tidak berguna di dunia.

Tunku Ismail bertitah, cabaran juga dihadapi dengan wabak Covid-19 yang bukan sahaja melanda Johor, malah seluruh dunia, dan situasi ekonomi yang tidak memberangsangkan juga telah menyebabkan kadar penjualan yang kurang.

Baginda berharap apabila situasi ekonomi sudah bertambah baik, lebih ramai pelabur akan datang ke Malaysia. - Bernama