BN sah menang PRN Melaka

Iklan
Penyokong BN bersorak ketika melihat proses penjumlahan Undi Pilihan Raya Negeri (PRN) di Command Center BN malam ini. - Foto Bernama

MELAKA - Mandat kerajaan negeri Melaka menjadi milik tunggal Barisan Nasional (BN) setelah disahkan memperoleh majoriti mudah dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Sabtu.

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) mengesahkan BN memenangi 15 daripada 28 kerusi yang dipertandingkan.

Iklan
Iklan

Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, jumlah itu adalah bagi keseluruhan pengundian setakat jam 9.42 malam.

Pengisytiharan keputusan PRN Melaka bagaimanapun akan disambung untuk sesi kedua dalam masa terdekat.

Iklan

Sementara itu, menerusi paparan terkini di skrin Pusat Media SPR, Menara Persekutuan menunjukkan BN memenangi 18 kerusi DUN.

DUN tersebut adalah Tanjung Bidara, Ayer Limau, Merlimau, Taboh Naning, Durian Tunggal, Lendu, Duyong, Rembia, Sungai Rambai, Kelebang, Kuala Linggi, Machap Jaya, Gadek, Serkam, Telok Mas, Pantai Kundor dan Asahan.

Iklan

Sementara itu, Pakatan Harapan (PH) disahkan memenangi empat kerusi di DUN Ayer Keroh, Kota Laksamana, Bukit dan Bandar Hilir manakala Perikatan Nasional (PN) pula disahkan memiliki dua kerusi iaitu di DUN Sungai Udang, Bemban.

Ikuti perkembangan semasa #PRNMelaka dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my