PN bakal jadi pencabar utama BN: Muhyiddin

Iklan
Muhyiddin (tengah) semasa sidang media di bilik gerakan utama PN pada Sabtu.

MELAKA TENGAH - Perikatan Nasional (PN) bakal menjadi pencabar utama kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya yang akan datang.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ini kerana gabungan parti yang ditubuhkan itu menawarkan suatu bentuk parti yang mendukung kerajaan yang lebih baik.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, PN juga berpegang kepada prinsip ketelusan, integriti, menentang rasuah dan salah guna kuasa.

Muhyiddin turut memberikan respons terhadap kenyataan bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam yang meminta beliau membubarkan partinya.

Iklan

"Terima kasih kepada Lokman Adam jadi penasihat saya. Tetapi minta maaf kerana kita sudah berhijrah jauh dan kita yakin dengan prinsip dan asas pembentukan PN.

"Apakah saya harus tinggalkan prinsip ini untuk tujuan ke parti asal saya? Tidak sekali-kali.

Iklan

"Sebab bagi saya, apabila bergabung bersama dan bekerja lebih kuat, kita akan jadi pencabar utama kepada BN,” katanya pada sidang media di bilik gerakan utama PN pada Sabtu.

Pada Sabtu, Lokman meminta untuk Muhyiddin membubarkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan kembali kepada UMNO.

Jelas Lokman, ia adalah bagi mengukuhkan kedudukan dan kepentingan Melayu dan Islam.

Tambah Muhyiddin, penubuhan PN juga bagi memberikan tambahan kepada rakyat untuk membuat pilihan yang lebih banyak.

"Ini bagi saya penting, bukan soal peribadi saya atau soal apa. Kerana kita berpendapat, pembentukan bersatu dan gabungan PN suatu perkembangan politik sihat dalam sistem demokrasi berparlimen,” ujarnya.