PRN Melaka: Dira artis pertama menang pilihan raya

Iklan
Dira Abu Zahar

PELAKON Dira Abu Zahar kini menjadi selebriti pertama bergelar wakil rakyat selepas menang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N25- Rim.

Dira atau Datuk Khaidhirah Abu Zahar yang merupakan calon Barisan Nasional (BN) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim berjaya menewaskan dua lagi calon lain di kawasan tersebut.

Iklan
Iklan

Dira menang dengan majoriti 1,327 menewaskan dua lagi calon selepas memperoleh undian sebanyak 4,037 undi.

Dua lagi calon iaitu Azalina Abdul Rahman (PN) meraih sebanyak 2,710 undi manakala Prasanth Kumar (PH) dengan 2,163 undian.

Iklan

Terdahulu, Dira menyatakan hasrat untuk mengikut jejak langkah bapanya yang juga merupakan bekas Ketua Menteri Melaka kelapan, Allahyarham Datuk Seri Abu Zahar Ithnin.

Dira sebelum ini membintangi banyak naskah hebat antaranya"Tahajud Cinta","Dahlia","Chow Kit" dan"Longkai". - Awani

Iklan