Lelaki terkena renjatan elektrik ketika bantu padam kebakaran

Iklan
Pasukan bomba berusaha memadamkan kebakaran membabitkan sebuah rumah dan motosikal dalam kejadian di Kampung Suang Punggur, Kota Belud.

KOTA BELUD - Seorang lelaki terkena renjatan elektrik ketika membantu memadamkan kebakaran sebuah rumah di Kampung Suang Punggur pada malam Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.20 malam itu, mangsa Mohammad Azhar Julin, 20, terpaksa dihantar ke Hospital Kota Belud dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

Iklan
Iklan

Ketua Balai Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud, Muhammad Syazwan Latun berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.28 malam dan seramai 11 anggota bersama dua jentera dikejar ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 10 kilometer dari balai.

Menurutnya, kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis tidak kekal serta turut memusnahkan sebuah motosikal.

Iklan

"Ketika kejadian, ada penduduk kampung yang kebetulan berada berhampiran di kawasan berkenaan dan bertindak cuba membantu memadam api sebelum pasukan bomba tiba.

"Bagaimanapun, salah seorang penduduk terkena renjatan elektrik ketika membantu memadamkan kebakaran itu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Iklan

Beliau berkata, mangsa bagaimanapun berada dalam keadaan sedar dan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

"Mangsa dihantar ke hospital menggunakan ambulans Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

"Pada masa sama, usaha memadamkan kebakaran segera dilakukan dan api berjaya dikawal sepenuhnya dan operasi ditamatkan pada jam 11.50," ujarnya.