Zverez tumbangkan Djokovic, tempah slot akhir ATP Finals

Iklan
Zverev

PEMAIN Tennis Jerman, Alexander Zverev mencipta kejutan apabila menumbangkan Novak Djokovic dalam pertembungan separuh akhir sekaligus meranapkan impian pemain nombor satu dunia itu untuk menyamai rekod kejuaraan ATP Finals keenam.

Pemain ranking ketiga dunia itu mengetepikan cabaran Djokovic dengan kemenangan 7-6 (7/4), 4-6, 6-3 pada perlawanan yang berlangsung di Turin,Itali dan akan bertemu juara bertahan Daniil Medvedev dari Russia untuk merebut kejuaraan tersebut.

Iklan
Iklan

"Ia adalah perlawanan yang hebat. Saya rasa kami telah bertemu sebanyak lima kali pada tahun ini dan setiap kali bertemu dengannya (Djokovic) ia adalah perlawanan yang menakjubkan dan kami akan bermain untuk masa yang sangat lama,” kata Zverev.

Kekalahan tersebut sudah pasti penamat yang mengecewakan untuk musim luar biasa Djokovic, yang ketinggalan satu perlawanan untuk menjadi pemain pertama memenangi kalendar Grand Slam sejak Rod Laver pada 1969 apabila dia tewas dalam perlawanan akhir Terbuka Amerika Syarikat (AS) kepada Medvedev tahun ini.

Iklan

Juara utama 20 kali itu sebelum ini berharap dapat menyamai Roger Federer dalam enam gelaran kejuaraan penghujung musim namun sekali Zverev sekali menjadi penghalang buat pemain Serbia itu.

"Bagi saya tidak ada sesiapa di dunia ini yang perlu lebih dihormati daripada Djokovic.

Iklan

"Dari mana dia datang, apa yang dia capai, dia adalah pemain terhebat sepanjang zaman dan saya rasa orang ramai terlupa itu kadang-kadang. Semua orang harus menghargainya sekali sahaja," tambah Zverev.

Dalam satu lagi aksi separuh akhir, pemain ranking kedua dunia, Medvedev berjaya menumpaskan pemain Norway, Casper Ruud dengan kemenangan straight set, 6-4,6-2.

Pemain Russia dilihat menjadi pilihan selepas berjaya menang enam kali dari 11 pertemuan menentang Zverev termasuk lima perlawanan akhir.

Zverev akan mengharungi perlawanan itu dengan penuh keyakinan, namun, selepas menamatkan kempen yang cemerlang tahun ini yang menyaksikan dia memenangi tiga gelaran, termasuk memenangi emas pada Olimpik Tokyo 2020.

"Dia juara Grand Slam dan saya pemenang pingat emas Olimpik dan mungkin kami berdua mempamerkan aksi terbaik esok (Ahad),” katanya.