77,010 penduduk Johor terima dos penggalak vaksin Covid-19

Iklan
R Vidyananthan

ISKANDAR PUTERI - Seramai 77,010 penduduk di negeri Johor telah menerima dos penggalak vaksin Covid-19 setakat Jumaat lalu.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R Vidyananthan berkata, pelaksanaan pemberian dos penggalak vaksin Covid-19 dengan menggunakan vaksin Cominarty (Pfizer) bermula pada 13 Oktober lalu.

Iklan
Iklan

"Sehingga Jumaat lalu, seramai 77,010 penduduk Johor telah menerima dos penggalak membabitkan 27,089 barisan hadapan, 38,111 warga emas, 5,583 golongan komorbid dan 6,227 lagi golongan 40 tahun ke atas serta lain-lain.

"Kerajaan negeri amat menggalakkan penerimaan dos penggalak ini dan mahu ia diperluaskan walaupun setakat ini golongan remaja dan pelajar sekolah belum disyorkan lagi untuk menerima dos penggalak," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan pada Persidangan Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang ke-14 di sini pada Ahad.

Vidyananthan yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Kahang berkata, kerajaan negeri menyasarkan pemberian dos penggalak kepada kira-kira 500,000 individu yang layak di negeri ini dan akan diselesaikan pada awal tahun depan.

Iklan

"Ketika ini, dos penggalak diutamakan kepada anggota barisan hadapan (kesihatan dan keselamatan), warga emas berusia 60 tahun ke atas, individu berusia 40 tahun ke atas dan golongan komorbid berusia 18 tahun ke atas.

"Individu yang layak akan dimaklumkan melalui aplikasi MySejahtera selain menerusi pesanan ringkas kepada nombor telefon yang berdaftar bagi individu yang tidak mempunyai MySejahtera," katanya.