'Angkat sumpah awal, boleh jalankan tugas lebih awal'

Iklan
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu, Datuk Seri Sulaiman Md Ali (kiri) mengangkat sumpah dan Taat Setia Jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 di hadapan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam di Pejabat Yang Dipertua Negeri Melaka Ayer Keroh. - Foto fail Bernama

ALOR GAJAH - [DIKEMASKINI] Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali manjelaskan bahawa beliau mengangkat sumpah awal adalah bagi membolehkannya menjalankan tugasan dengan awal.

Menurutnya, jadual yang penuh pada minggu ini juga menjadi faktor kepada mengangkat sumpah awal iaitu setelah pengumuman kemenangan Barisan Nasional (BN) di Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Iklan
Iklan

"Saya angkat sumpah pagi tadi sebab saya ada Mesyuarat Raja-Raja. Lusa saya ada mesyuarat Menteri Besar, berikutnya pembentangan belanjawan. Kemudian pembentukan exco.

"Jadi tidak ada salahnya untuk pagi tadi saya angkat sumpah supaya saya boleh jalankan tugas lebih awal,” katanya semasa sidang media pada Ahad.

Iklan

Mengulas mengenai pembentukan exco, beliau berkata, pembentukannya akan dilakukan pada hujung minggu ini.

Menjawab kombinasi muda dan tua pula, katanya, barisan exco akan dilantik berdasarkan latar belakang, kebolehan, kepakaran dan juga pendidikan seseorang.

Iklan

Ikuti perkembangan semasa #PRNMelaka dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my